1. life is not a game.

    dalam dunia ini, semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. ada sesetengah orang tidak sedar yang dia buat salah, tapi ada sesetengan orang itu hanya nampak salah orang laen saja. adat manusia, kitak tak boleh menjadi cermin utk diri sendiri. dunia nie kan ibarat roda, sekejap kat atas, sekejap kat bawah. maybe skg kita menjaja nama orang, satu aey nnti orang akan jaja nama kita pulak. sapa tahu?

    kadang-kadang kita memang rasa masalah itu sesuatu yang berat. rasa seperti tak tertanggung. tapi sebenarnya kita terpilih. terpilih untuk mengharungi dugaan hidup, bukan semua orang merasainya. jangan pernah sesekali menganggap masalah itu sebagai beban hidup. anggap lha ia suatu kejayaan yang masih terpendammmm.

    semua orang pernah buat silap. namun kesilapan yang paling besar ialah bila dia tak mahu memperbetulkan kesalahannya sendiri.

     
     
    orang menangis bukan tandanya dia lemah. tapi tanda kerelaan hati mengakui takdir yang telah ditetapkan. bukankah hakikat hidup nie, kadang-kadang gembira dan kadang-2 sdeyh? bila kita sedang menangis pula, kita akan teringat bahawa kita pernah ketawa. bila kita sedang ketawa pula, kita akan ingat bahawa kita pernah menangis. sebab itu kita tidak boley memiliki kedua-duanya dalam masa yang sama.

    entry nie bukan kenapa, tapi kenyataan. lumrah hidup. kehidupan yang adakalanya bukan se-enak menelan bubur kacang. kehidupan yang ada pasang surutnya. kehidupan yang menjadikan perasaan serta emosi sebagai 'senjata' melenturkan diri kita sendiri. kerana emosi, kita sendiri boleh rebah. dan kehidupan bukan permainan untk kita menanganinya.
     

    p/s: saya bukan sedang patah hati. jangan salah anggap((:

    Thursday, 7 July 2011|21:27| 0 spoken


Heart Chat Bubble